Friday, September 18, 2009

17 September 2009

Jemputan Hari Keluarga

Pada hari raya ke-2 (21/9/09) bersamaan (2 Syawal 1430H). Keluarga anak cucu allahyarham Ngah Jabar buat julung kalinya akan mengadakan Majlis Perjumpaan Hari Keluarga bagi menyatukan keluarga tersebut bertempat di Rumah Tua keluarga ini di kampung Pendiat Bota Kanan.

Jamuan makan tengahari bermula pukul 11.30 a.m hingga 3.00 p.m pada hari raya ke-2 tersebut. Untuk keterangan lanjut sila berhubung terus dengan Pengerusi Pertubuhan Keluarga En. Yunos di nombor 019-5179119.

Kesemua ahli keluarga dijemput hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Majlis tersebut akan dilakukan secara bergotong-royong, mulai petang hari raya pertama acara memotong cabai bawang dan menggoreng ayam seterusnya memasak dilakukan bersama.

Dikesempatan ini kami selaku ahli jawatankuasa mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada seluruh ahli keluarga Ngah Jabar.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment