Tuesday, September 22, 2009
TAHNIAH
Ahli jawatankuasa Keluaga Ngah Jabar mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga dan cucu cicit Ngah Jabar kerana telah bersama-sama bergotong-royong bagi menjayakan majlis perjumpaan dan kenduri pada 21/09 semalam.
Terima kasih yang tak terhingga juga kami rakamkan buat Makcik Esah sekeluarga kerana berbesar hati membenarkan kediaman beliau digunakan untuk majlis tersebut.
Sekali lagi kami selaku ahli jawatankuasa mengucapkan TAHNIAH dan terima kasih kepada semua ahli keluarga. semoga akan bersua di perjumpaan akan datang..
Monday, September 21, 2009
SAMBUTAN MENGGALAKAN
Telah berlangsung majlis perjumpaan dan kenduri ramah mesra keluarga Ngah Jabar di kediaman makcik Esah di kampung Pendiat Bota Kanan.
Majlis yang julung kalinya itu telah dihadiri oleh lebih dari 200 orang anak cucu keturunan Ngah Jabar dari jenerasi yang ke2 hingga ke6 keturunan tersebut.
Rumah Makcik Esah adalah rumah asal peningalan allahyarham Ngah Jabar.
Majlis yang sederhana itu telah berlangsung
dengan begitu meriah sekali kerana dapat merapatkan kembali keluarga yang telah lama terpisah. Ada diantara mereka yang tidak pernah bersua dan mengenali antara satu sama lain sebelum ini juga telah di temukan dan dikenalkan.
Menurut pengerusi pertubuhan tersebut iaitu En Yunos, majlis tersebut akan dijadikan acara tahuan memandanngkan sambutan yang sangat tidak disangka itu. Rata-rata yang hadir meluahkan rasa gembira dan meminta majlis yang sepertinya akan diadakan lagi tahun hadapan.
Friday, September 18, 2009
17 September 2009
Jemputan Hari Keluarga
Pada hari raya ke-2 (21/9/09) bersamaan (2 Syawal 1430H). Keluarga anak cucu allahyarham Ngah Jabar buat julung kalinya akan mengadakan Majlis Perjumpaan Hari Keluarga bagi menyatukan keluarga tersebut bertempat di Rumah Tua keluarga ini di kampung Pendiat Bota Kanan.
Jamuan makan tengahari bermula pukul 11.30 a.m hingga 3.00 p.m pada hari raya ke-2 tersebut. Untuk keterangan lanjut sila berhubung terus dengan Pengerusi Pertubuhan Keluarga En. Yunos di nombor 019-5179119.
Kesemua ahli keluarga dijemput hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Majlis tersebut akan dilakukan secara bergotong-royong, mulai petang hari raya pertama acara memotong cabai bawang dan menggoreng ayam seterusnya memasak dilakukan bersama.
Dikesempatan ini kami selaku ahli jawatankuasa mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada seluruh ahli keluarga Ngah Jabar.
Sekian, terima kasih.