Monday, September 21, 2009

SAMBUTAN MENGGALAKAN

21 Sept 09/ 02 Swl 1430H
Telah berlangsung majlis perjumpaan dan kenduri ramah mesra keluarga Ngah Jabar di kediaman makcik Esah di kampung Pendiat Bota Kanan.
Majlis yang julung kalinya itu telah dihadiri oleh lebih dari 200 orang anak cucu keturunan Ngah Jabar dari jenerasi yang ke2 hingga ke6 keturunan tersebut.
Rumah Makcik Esah adalah rumah asal peningalan allahyarham Ngah Jabar.
Majlis yang sederhana itu telah berlangsung
dengan begitu meriah sekali kerana dapat merapatkan kembali keluarga yang telah lama terpisah. Ada diantara mereka yang tidak pernah bersua dan mengenali antara satu sama lain sebelum ini juga telah di temukan dan dikenalkan.
Menurut pengerusi pertubuhan tersebut iaitu En Yunos, majlis tersebut akan dijadikan acara tahuan memandanngkan sambutan yang sangat tidak disangka itu. Rata-rata yang hadir meluahkan rasa gembira dan meminta majlis yang sepertinya akan diadakan lagi tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment